Ahad, 25 Disember 2011

Kajian Tindakan 2011


LAPORAN
          KAJIAN TINDAKAN

TAJUK

Hey! CatchME :
Meningkatkan Kemahiran Murid
Menulis Lima Ayat Berpandukan
Gambar



AFFIDAH BINTI AFANDI
SK BUKIT LINTANG
81900 KOTA TINGGI
(BAHASA INGGERIS)


Komen 
Wakil Guru


Wakil Ibu




Wakil Murid Cemerlang


Wakil Murid Galus

ISI KANDUNGAN                                                                      Muka surat
Penghargaan                                                                                                               2
Abstrak                                                                                                                      3
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu                                                        4
Fokus Kajian                                                                                                              5
Objektif Kajian                                                                                                           5
Kumpulan Sasaran                                                                                                      6
Pelaksanaan Kajian                                                                                                     6
Tinjauan Masalah                                                                                                        6
Tindakan Yang Dijalankan                                                                                           9
            Aktiviti 1                                                                                                         9
            Aktiviti 2                                                                                                         11
            Aktiviti 3                                                                                                         13
Refleksi Keseluruhan Kajian                                                                                        18
Cadangan Kajian Seterusnya                                                                                       23
Bibliografi                                                                                                                    24
Lampiran                                                                                                                     25
            Modul ‘Hey! CatchME
            Borang Soal Selidik
            Sampel Soalan Ujian Pra / Pos
            Sampel Jawapan Ujian Pra
Sampel Jawapan Ujian Pos
Sampel Hasil Kerja Murid (Draf)
Sampel Latihan Murid
Sampel Catatan Ulasan Ibu/Bapa/Penjaga Murid 
                                                                                                              Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak tehingga di atas segala kerjasama serta sokongan dan bimbingan yang diberikan selama saya menjalankan kajian tindakan ini kepada :  
Guru Besar
SK Bukit Lintang, Kota Tinggi;
Puan Nurlia bt Mohamad
Guru Penolong Kanan Kurikulum
SK Bukit Lintang, Kota Tinggi;
Encik K Rajendran
JK Kajian Tindakan
Daerah Kota Tinggi;
Jurulatih Utama Kajian Tindakan
Daerah Kota Tinggi;
PPD Kota Tinggi; dan
Murid-Murid Tahun 6 Gemilang
SK Bukit Lintang, Kota Tinggi.


ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid menulis ayat berpandukan gambar bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 6 Gemilang. Seramai 30 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Kajian ini memfokuskan kepada penulisan ayat dengan struktur yang betul (Subject – Verb – Object). Oleh itu, saya telah menggunakan modul ‘Hey! CatchME’ untuk membantu menambahkan pengetahuan dan kemahiran Bahasa Inggeris mereka. Modul ini adalah hasil karya saya sendiri yang mengandungi 6 unit pembelajaran. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang dirancang dalam masa  3 bulan dan didapati penguasaan murid semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid juga telah menunjukkan respon positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Sikap dan disiplin mereka juga sangat memuaskan serta minat terhadap Bahasa Inggeris yang semakin mendalam. Pada pendapat saya, sekiranya murid-murid ini tidak dibantu ianya akan menimbulkan masalah yang lebih rumit lagi sama ada di pihak guru mahupun murid bagi sesi-sesi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.








1.      REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya mula mengajar Tahun 6 Gemilang pada tahun 2011 ini. Saya tidak pernah mengajar mereka sebelumnya. Apabila saya mula ditugaskan mengajar dalam kelas-kelas tertentu yang tidak pernah ditugaskan sebelum ini, saya gemar mengulangkaji atau mengenalpasti perkembangan kemahiran murid dalam kemahiran-kemahiran tertentu yang telah dipelajarinya pada tahun-tahun lepas dalam penulisan Kertas 2. Saya haruslah mendapat gambaran yang jelas tentang tahap penguasaan mereka sebelum melaksanakan kaedah yang sesuai. Namun saya sangat kecewa kerana banyak masalah yang tidak diselesaikan sedangkan kemahiran-kemahiran ini telah mula dipelajari pada Tahun 4  malah ada yang dipelajari seawal pada Tahap 1.  Saya mengambil satu daripadanya untuk dipertingkatkan iaitu menulis lima ayat berpandukan gambar .

Biasanya kemahiran inilah yang menjadi kegemaran saya untuk menilai murid yang baru diajar pada kali pertama. Hal ini adalah kerana ianya merupakan soalan yang mudah dikuasai dan dipelajari. Sudah tentulah saya menjangkakan sesuatu yang melegakan hati kerana ini adalah kelas kedua terbaik. Tahun 6 adalah waktu menggilap potensi mereka ke arah penguasaan yang lebih konsisten . Namun, tidak begitu yang saya alami. Sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas, tiada seorangpun murid yang dapat membina satu ayat yang betul dan tepat. Bahkan yang tampil sukarela memberikan satu ayat juga tidak ada. Di dalam sesi menulis pula, mereka kerap melakukan kasilapan ejaan walaupun bagi perkataan yang mudah-mudah seperti ‘sitting’ dieja sebagai ‘setting’, ‘write’ menjadi ‘right’ dan beberapa perkataan lagi. Hal ini berpunca dari masalah kurang pembacaan. Jadi, banyak perkataan tidak begitu ‘familiar’ bagi murid lebih-lebih lagi kepada mereka yang terlalu lemah dan ditambah pula daya ingatan yang rendah. Keadaan ini telah menjadikan waktu pengajaran dan pembelajaran saya sunyi sepi dan amat membosankan. Tidak ada suara-suara yang berupaya menyebut, membaca, menulis dan mengeja dalam Bahasa Inggeris.  Setiap hari saya merasakan seolah-olah bercakap dengan pokok atau tunggul kayu kerana tiada sebarang perkataan Bahasa Inggeris yang keluar dari mulut mereka untuk memberikan reaksi terhadap apa yang saya katakan. Saya perlu sedar bahawa kekecewaan saya ini tidak dapat diubati oleh sesiapapun melainkan bergantung atas daya usaha saya sendiri. Maka dengan sebab itulah saya menjalankan kajian tindakan ini untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Jika tidak, sudah pasti murid-murid ini akan rugi dan saya pula tidak akan dapat mengecap nikmat kepuasan sebagai seorang guru.
   
2.      FOKUS KAJIAN
Kajian ini memfokuskan kepada penulisan ayat dengan struktur yang betul (Subject – Verb – Object). Murid-murid tidak dapat menulis ayat dengan betul dan tepat adalah disebabkan tidak mengetahui konsep struktur ayat yang betul. Hal ini berpunca dari faktor penguasaan ‘grammar’ yang sangat lemah dan dibantu pula oleh ‘vocabulary’ yang sangat minima di mana ia akan menjadikan sesuatu ayat yang dibina tidak mempunyai struktur yang betul. Oleh itu, saya telah menggunakan modul ‘Hey! CatchME’ untuk membantukan menambahkan pengetahuan dan kemahiran Bahasa Inggeris mereka terutamanya bagi kemahiran menulis lima ayat berpandukan gambar.

Modul ini adalah hasil tulisan saya sendiri berdasarkan pengalaman mengajar murid-murid lemah di mana kaedah serta strategi yang digunakan mudah difahami dan dipelajari. Di samping itu, ia juga dapat membantu meningkatkan penguasaan ‘vocabulary’ murid. Murid tidak akan dapat menulis atau memahami teks Bahasa Inggeris tanpa penguasaan ‘vocabulary’ yang baik. Ianya bersesuaian dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah tanpa mengira kedudukan kelas kerana walaupun saya mengajar kelas kedua tetapi tiada bezanya mengajar murid-murid kelas paling lemah pada tahun-tahun sebelumnya iaitu kelas yang telah saya ajar.   

3.      OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif kajian yang saya jalankan :
3.1              OBJEKTIF AM
Meningkatkan kemahiran murid menulis lima ayat berpandukan gambar.


3.2              OBJEKTIF KHUSUS
Melalui kajian ini murid-murid boleh :
3.2.1        Menyatakan jumlah orang yang dilihat di dalam gambar;
3.2.2        Mengecam tempat di dalam gambar;
3.2.3        Menyatakan tiga kata kerja (verbs) berdasarkan gambar;
3.2.4        Menyatakan sekurang-kurangnya satu benda (object) di dalam gambar;
3.2.5        Menanamkan sikap meminati mata pelajaran Bahasa Inggeris; dan
3.2.6        Mempelbagaikan kaedah amalan pengajaran dan pembelajaran guru.

4.      KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian tindakan ini adalah murid-murid Tahun 6 Gemilang. Mereka terdiri dari 13 perempuan dan 17 lelaki. Murid-murid ini adalah dari kelas kedua tetapi tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka adalah lemah.

5.      PELAKSANAAN KAJIAN
5.1       TINJAUAN MASALAH
Bagi pelaksanaan kajian tindakan ini, saya telah membuat analisis tinjauan masalah berdasarkan maklumat berikut :
5.1.1        Pemerhatian :
Saya telah dapat mengumpulkan maklumat hasil pemerhatian saya terhadap tingkah laku murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terutamanya ketika mengajar kemahiran menulis lima ayat berdasarkan gambar. Berikut adalah adalah hasil rumusan pemerhatian tersebut :
i.                    Kurang pendedahan terhadap kemahiran penulisan;
ii.                  Tidak tahu memberi respon semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru;
iii.                Penguasaan vocabulary yang terlalu minima;
iv.                 Pembacaan yang amat kurang.
v.                   Kesilapan ejaan yang

5.1.2        Soal Selidik :
Saya menjalankan sesi soal selidik secara tidak formal di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya tidak memberikan borang kepada murid-murid sebaliknya hanya mengemukakan soalan lisan dan membuat analisis terhadap sesuatu soalan berpandukan respon yang mereka berikan.
Analisis soal selidik tersebut dapat dilihat seperti di dalam jadual di bawah :

Bil

                     SOALAN
                  JAWAPAN
           YA
       TIDAK
1
Adakah kamu minat Bahasa Inggeris?
10 orang
20 orang
2
Adakah vocab kamu bagus?

30 orang

3
Adakah kamu mempelajari teknik menulis ayat sebelum ini?


30 orang

4
Adakah kamu hanya menulis sahaja sebarang ayat asalkan cukup lima?

30 orang


5
Adakah kamu terus menulis ayat setelah melihat gambar?

25 orang

5 orang

6
Adakah kamu tahu maksud perkataan-perkataan yang kamu guna?

23 orang

7 orang

Rumusan penting yang dapat diambil dari analisis soal selidik di atas adalah :
1.      100% murid -        tidak menguasai vocabulary dan tidak mempunyai teknik   
penulisan tertentu kecuali dengan cara masing-masing yang
tersendiri.
2.      66.67% murid -     tidak meminati mata pelajaran Bahasa Inggeris
3.      83.33% murid -     tidak membuat rangka/mencari isi penting sebelum menulis
Angka-angka yang ditunjukkan pada jumlah peratus di atas telah menjelaskan kepada saya bahawa murid-murid lebih banyak menguasai perkara-perkara negatif dan pasif berbanding sesuatu yang memberi gambaran positif terhadap sikap dan kemahiran mereka. Kurang dari 50% murid yang menunjukkan minat terhadap mata pelajaran yang saya ajar ini serta tidak menguasai kemahiran yang sewajarnya. Oleh yang demikian, saya bertanggungjawab mengubah angka-angka tersebut serta pandangan mereka terhadap Bahasa Inggeris supaya menjadi lebih membanggakan semua, khususnya saya dan murid-murid itu sendiri.  
5.1.3        Ujian Pra
Saya telah menjalankan Ujian Pra terhadap murid-murid kajian saya ini untuk menilai serta menganalisis sejauh mana pemahaman dan penguasaan terhadap kemahiran yang diajar. Saya menilai jawapan murid berdasarkan jumlah ayat yang betul bukannya markah seperti yang dilakukan semasa peperiksaan. Saya memberi nilai satu ayat yang betul dan tepat bersamaan satu markah dalam kajian ini dengan tujuan supaya mudah membuat analisis tentang konsep proses penguasaan kemahiran serta struktur ayat yang dipelajari. Maka, markah penuh secara keseluruhan adalah lima.

Berikut adalah analisis markah Ujian Pra yang telah dijalankan :

                     MARKAH
JUMLAH
MURID
%

0

17

56.67

1

10

33.33

2

3

10

3

0

0

4

0

0

5

0

0

Berdasarkan analisis ujian tersebut, hal pertama yang menyentuh kotak pemikiran saya adalah ketidakupayaan murid menulis apa-apa ayat yang betul walaupun mereka dari kelas kedua, di mana ianya menyumbangkan peratusan yang tertinggi iaitu 56.67% . Hal ini diikuti 33.33% bagi kejayaan menulis 1 ayat dan peratus terendah adalah bagi kejayaan menulis 2 ayat iaitu 10% sahaja. Sebagai rumusan hasil dari pencapaian ujian, saya dapat nyatakan bahawa murid-murid menghadapi masalah dalam menggunakan perkataan-perkataan dengan betul dan tepat sehingga mencacatkan penstrukturan ayat. Setelah dikaji jawapan-jawapan mereka, saya dapati penyumbang utama kepada masalah ini adalah penguasaan vocabulary yang minima serta grammar  yang lemah terutamanya verb di samping kesilapan ejaan.

5.2              TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Saya telah menjalankan sesi rawatan mengikut waktu pengajaran dan pembelajaran saya dalam kelas tersebut. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah berpandukan modul ‘Hey! CatchME’. Modul ini ditulis dengan tujuan membantu murid menulis lima ayat seperti yang terdapat pada soalan pertama Kertas 2, Bahasa Inggeris (Tahap 2). Walau bagaimanapun, set soalan atau gambar sebagai bahan bantu mengajar tidak kesemuanya mengandungi sepuluh perkataan yang disediakan seperti di dalam soalan sebenar. Misalnya, gambar-gambar yang dipetik dari buku teks Bahasa Inggeris Tahun 6 tidak terdapat sebarang perkataan. Modul ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dengan kaedah penulisan yang mudah dipelajari dan difahami serta teknik meningkatkan vocabulary yang mudah dikuasai. Modul ini mengandungi 6 unit pembelajaran dan murid diajar tentang isi-isi kemahiran unit demi unit dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Unit 5 dan Unit 6 tidak diajar secara formal sebaliknya ia telah menjadi rujukan kepada unit-unit yang lain semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah :

5.2.1        AKTIVITI 1
Aktiviti 1 yang dijalankan adalah berpandukan UNIT 1 (Place)    
Unit 1 adalah kemahiran mengenal pasti tempat-tempat yang telah dipelajari sejak dari Tahap 1 lagi. Saya membahagikan jenis tempat-tempat ini kepada 3 bahagian iaitu di rumah, di sekolah dan tempat-tempat lain di sekeliling kita seperti yang dinyatakan di bawah :
UNIT 1     Place
1.1              At Home
1.2              At School
1.3              Places Around Us
    (Sila rujuk lampiran)
Murid-murid mempelajari senarai perkataan yang diberikan berpandukan beberapa gambar yang disediakan dan membaca dengan jelas. Mereka juga menulis maksud nama-nama tempat tersebut dalam Bahasa Melayu bersebelahan perkataan-perkataan yang diberikan terutamanya bagi perkataan yang baru pertama kali dipelajari, contohnya backyard, balcony, assembly ground dan camp site. Tujuan mereka mempelajari Unit 1 ini adalah untuk memberi gambaran situasi yang ditunjukkan dalam soalan. Sekiranya telah mengetahui sesuatu tempat murid-murid dapat membayangkan apakah perbuatan-perbuatan yang berkemungkinan besar dilakukan oleh pelaku-pelaku di dalam gambar. Bukan itu sahaja, dengan mengetahui apakah tempat yang dilihat di dalam gambar, ianya dapat membantu murid untuk menulis satu ayat. Hal ini adalah berkaitan dengan teknik penulisan yang terdapat dalam UNIT 4. Apabila murid melihat sesuatu gambar yang diberikan, saya terus bertanyakan ‘Where?’ dan murid-murid menyebut tempat-tempat tersebut dengan tepat dengan merujuk kepada modul terutamanya bagi perkataan yang belum pernah disebut sebelum ini.

PEMERHATIAN:
Saya dapati murid-murid mempunyai masalah membaca kuat sejak pertama kali saya meminta mereka berbuat demikian pada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lepas. Walau bagaimanapun, apabila saya menjalankan kajian ini mereka mula membaca kuat sebagaimana yang diarahkan. Saya memang mengajar mereka seperti murid Tahap 1.



REFLEKSI
Pada mulanya saya tidak begitu berpuashati tentang sebutan dan bacaan mereka. Saya sedar bahawa mereka tidak dilatih membaca kuat sebelum ini. Jadi, tentulah ia agak sukar bagi mereka walaupun perkataan yang perlu disebut adalah mudah dan sejajar dengan kedudukan mereka pada Tahun 6 ini. Kesungguhan yang saya tunjukkan membuatkan mereka juga akhirnya bersungguh-sungguh melakukan aktiviti ini kerana saya memerhatikan cara murid menyebut. Strategi saya yang suka menyebut nama murid yang tidak membaca dengan jelas menjadikan mereka mengubah cara pembacaan masing-masing. Kaedah mengecam dan membaca sesuatu perkataan dapat membantu murid untuk mengeja dengan betul.

5.2.2        AKTIVITI 2  
Aktiviti 2 pula dijalankan adalah berpandukan UNIT 2 (Verb)
Melalui aktiviti ini murid-murid diajar tentang perbuatan atau kata kerja yang boleh digunakan berdasarkan gambar. Perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh manusia juga adalah berdasarkan tempat-tempat di rumah, di sekolah dan tempat-tempat disekeliling kita. Hal ini dapat dikaitkan dengan mengapa saya mengajar mereka tentang mengenal pasti tempat-tempat tertentu di dalam gambar. Di dalam unit ini bagi setiap verb ianya disertakan dengan gambar sekali. Murid-murid tidak mempunyai masalah untuk memahami maksud perkataan ‘verb’ yang disenaraikan. Saya mengarahkan murid menulis maksud-maksud perkataan tertentu yang sukar diingati walaupun setelah melihat gambar pada ruang gambar tersebut.
Terdapat tiga peringkat pengajaran dan pembelajaran pada unit ini :
Peringkat pertama :           Membaca dan memahamkan maksud perkataan
Peringkat kedua    :           Mengenal pasti dan menyatakan ‘subject’
Peringkat ketiga    :           Menyatakan dan menulis ‘object’

Strategi pengajaran dan pembelajaran seterusnya adalah membaca setiap ‘verb’ beserta ’object’ sekali. Murid-murid tidak perlu menulis ‘subject’ kerana ianya terus boleh dinyatakan dengan melihat gambar. Setelah itu saya menyebutkan ‘verb’ tertentu dan murid pula menyatakan ‘object’ nya. Apabila murid-murid diajar mengenai Unit 2 ini secara tidak langsung ia telah memberi gambaran bagaimanakah caranya menulis ayat dengan betul atau apakah ayat yang boleh ditulis. Gambar-gambar yang terdapat di dalam modul bertujuan membantu murid mendapatkan petunjuk bagaimanakah situasi sebenar  soalan-soalan latihan yang akan mereka lihat kelak. Manakala tujuan membahagi-bahagikan ‘verb’ mengikut tempat-tempat tertentu pula adalah untuk membantu murid membuat jangkaan terhadap sesuatu perbuatan yang dapat dilihat kelak. Hal ini penting bagi kaedah ulangkaji berkesan sebelum menjelangnya peperiksaan. Sebagai seorang guru, saya haruslah kreatif mencipta kaedah yang mudah dilakukan oleh murid untuk mengulangkaji pelajaran.

Setelah itu, murid-murid dilatih mengenal pasti dan menyatakan ‘verb’ berdasarkan gambar-gambar yang diberi. Murid menyenaraikan perkataan-perkataan tersebut di dalam buku latihan mereka dan membacanya dengan kuat dan jelas. Aktiviti ini tidak berhenti setakat ini sahaja, sebagai guru yang kreatif dan sentiasa berusaha menyelesaikan masalah murid, saya telah melaksanakan satu program vocab setiap lima minit sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula untuk membantu mengingkatkan penguasaan vocabulary murid berpandukan modul ‘Hey! CatchME’ . Strategi pelaksanaan program tersebut adalah seperti berikut:
1.       Semua murid berdiri setelah membaca doa.
2.      Guru menyatakan satu verb dan meminta murid memberikan object yang sesuai.
3.      Murid pertama yang berjaya memberikan jawapan, akan berdiri di hadapan sebagai ‘guru’ yang menyoal.
4.      Murid yang berjaya menjawab akan dibenarkan duduk.
5.      Satu persatu murid duduk sehingga selesai.

PEMERHATIAN:
Saya perhatikan murid-murid ini sudah bertambah yakin. Mereka tidak lagi sukar mengeluarkan suara dengan jelas ketika membaca. Walau bagaimanapun masih ada segelintir murid yang tidak kedengaran suaranya seolah-olah tidak dapat menumpukan perhatian kecuali ketika saya berdiri di sebelah mereka. Ada di kalangan mereka yang sudah berani dan berminat mengangkat tangan untuk memberi respon terhadap pertanyaan yang saya berikan. Manakala di dalam sesi program vocab pula, masih ramai murid yang tidak lagi mahir menjawab tetapi saya faham ini adalah peringkat pertama sudah tentulah mereka mempunyai masalah untuk mengingat. Saya tidak melatah dengan situasi ini kerana ianya diteruskan pada masa-masa mendatang.

REFLEKSI:
Saya dapati tahap penguasaan murid sudah bertambah begitu juga dengan keyakinan diri masing-masing. Oleh itu, mereka sudah boleh membaca dan mengangkat tangan menjawab dengan sukarela. Saya sangat gembira melihat banyak tangan yang diangkat di sekeliling kelas. Jelaslah bahawa situasi ini menunjukkan bahawa mereka sememangnya sifar vocabulary. Apabila tidak ada apa-apa perkataan yang dapat dinyatakan bagi memberi respon terhadap pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas, maka mereka hanya duduk diam  sahaja seperti orang bisu. Inilah perbezaan ketara yang dapat saya gambarkan.
           
5.2.3        AKTIVITI 3
Aktiviti 3 pula dijalankan berpandukan UNIT 3 (Writing Technique) dan
UNIT 4 (Constructing Sentences)
Unit 3 membolehkan murid-murid mempelajari kaedah menulis lima ayat
dengan menggunakan teknik yang saya cipta sendiri iaitu HoWheWhoWhAn’. Saya telah menerangkan dan mengajar murid tentang maksud teknik tersebut bagi sesi yang pertama di dalam aktiviti terakhir ini. Pertama sekali, saya menerangkan maksud HoWheWhoWhAn’ seperti berikut :
1.      HoWhe            -           How many people?
                                          Where?
Semasa murid melihat gambar, saya bertanyakan soalan-soalan di atas kepada
mereka secara lisan.Murid memberikan respon bagi ‘How many’ dengan merujuk kepada perkataan-perkataan yang disediakan di dalam modul mengikut kesesuaian jumlah orang di dalam gambar. Manakala ‘Where’ merujuk kepada Unit 1 yang telah dipelajari dalam Aktiviti 1. Murid-murid telah faham mengapa mereka mesti mempelajari nama-nama tempat terlebih dahulu.

2.      Who                -           Who?
‘Who’ adalah merujuk kepada ‘Subject’. Murid-murid telah mempelajari ‘Subject’ dalam Unit 2 berdasarkan gambar-gambar yang dipaparkan di dalam modul. ‘Subject’ yang dimaksudkan di sini hanyalah orang sahaja kerana kebiasaannya memang terdapat orang di dalam gambar.
Di sini, murid-murid juga diminta memberikan respon secara lisan terlebih dahulu siapakah ‘Subject’ tersebut. Saya hanya mengajar murid tentang nama am sahaja dan mereka tiada masalah langsung kerana hal ini telahpun dipelajari dalam Unit 2.
3.      Wh      -           What is/are the people doing?
Teknik ini merujuk kepada ‘Verb’ pula. Setelah melihat gambar murid menyatakan perbuatan yang dapat dilihat dan menyenaraikannya dengan menambahkan ‘…ing’ seperti yang ditulis di dalam modul.
4.      An       -           Any…sentence (choose 1)
Pilih salah satu dari berikut :
1.      People       -           verb
2.      Animal       -           verb / how many? Where?
3.      Object        -           how many? Where?
Saya telah menerangkan kepada murid bahawa mereka hanya perlu memilih salah satu dari perkara di atas untuk dijadikan ayat. Pilihan tersebut haruslah mengikut kesesuaian gambar. Sekiranya mereka memilih ‘People’ maka ianya menyamai teknik ke-3. Sekiranya ‘Animal’ pula ianya menyamai teknik pertama atau boleh juga teknik ke-3 kerana ia juga boleh merujuk kepada ‘verb’ dan akhir sekali sekiranya ‘Object’ ianya menyamai teknik pertama.
Sewaktu aktiviti ini dijalankan semua murid diajar tentang kesemua pilihan yang diberi. Tujuannya adalah supaya murid dapat didedahkan dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku semasa melihat sesuatu gambar. Misalnya, sekiranya tiada ‘animal’ di dalam gambar , murid-murid boleh menulis tentang ‘object’ ataupun sekiranya ada lagi ‘people’ murid-murid boleh menulis ayat dengan menyatakan ‘verb’ yang dilihat.  Walau bagaimanapun, saya menggalakkan murid menulis ayat tentang ‘object’  kerana biasanya memang terdapat ‘object’ berbanding ‘animal’ di dalam gambar  di dalam kajian ini.
Setelah menjalankan aktiviti secara lisan dan hanya mengenalpasti dan mencatat isi-isi penting berpandukan teknik ‘HoWheWhoWhAn’ di atas tadi sahaja, baharulah saya beralih kepada kaedah menulis ayat lengkap dengan menggunakan ‘sentence pattern’ yang disediakan dalam Unit 4. Dalam unit ini murid-murid mula menulis ayat satu persatu mengikut teknik yang saya cipta supaya mereka mempunyai idea, apakah yang harus ditulis dan bagaimanakah cara menulis mengikut struktur yang betul. Dengan lain perkataan, teknik tersebut sebenarnya adalah kata kunci bagi menulis ayat pertama hingga kelima. Ayat-ayat tersebut dapat dinyatakan seperti di bawah :
Ayat pertama              :           HoWhe
Ayat ke-2                    :           Who
Ayat ke-3 & ke-4        :           Wh
Ayat ke-5                    :           Any…sentence
Saya menyusun langkah demi langkah dengan teratur dalam proses menulis ayat ini supaya murid-murid faham bagaimana caranya untuk menjawab soalan supaya terbentuknya sesuatu ayat . Proses ini dipanggil membuat draf. (Sila rujuk Lampiran)
 Berikut adalah contoh aktiviti membuat draf berdasarkan gambar yang diberi:








                        Constructing Sentences
1.      How many people? Some.
Where? In the playground
2.      Who?       
1.      The girl
2.      The woman
3.      The man
4.      The boy
3.      What is/are the people doing? Verb         +         Object
1.      Sitting                                                  +         on the swing
2.      Playing                                                +         with his dog
3.      Skipping                                              +         near the bench
4.      Looking                                               +         at the children
5.      Jumping                                              +         over the skipping rope
4.      Any…sentence (choose 1)
1.      Animal             -  dog   =         verb(barking)
2.      Object              -  tree (one)

Setelah menyiapkan draf, murid-murid dibimbing pula menulis lima ayat yang lengkap. Bagi ayat pertama dan kelima murid terus boleh menulis manakala ayat kedua, ketiga dan keempat, murid-murid haruslah memetik satu persatu ‘Who’ kemudian digabungkan dengan mana-mana ‘What is/are the people doing’ menurut keseusaian di dalam gambar. Berikut adalah contoh lima ayat yang dapat dihasilkan.
1.      There are some people in the playground.
2.      The girl is skipping near the bench.
3.      The woman is sitting on the swing.
4.      The boy is playing with his dog.
5.      There is a tree in the playground.
Tujuan draf dibuat adalah untuk meningkatkan tahap kemahiran murid menulis serta kefahaman  menyusun isi-isi penting bagi setiap nombor ayat. Dengan cara ini murid sudah tahu atau mendapat idea apakah yang harus ditulis pada ayat pertama hinggalah ayat kelima. Dalam melaksanakan aktiviti ini murid-murid lebih banyak membaca berbanding dalam aktiviti sebelumnya kerana perkataan yang dipelajari sudah semakin bertambah.


PEMERHATIAN 
Murid-murid telahpun mempunyai daya tumpuan belajar yang lebih memberangsangkan. Oleh itu, pemikiran mereka juga telah dapat diaktifkan melalui sesi ‘brainstorming’ di mana semasa saya bertanya mengikut teknik HoWheWhoAn satu persatu, mereka dapat memberi respon dengan pantas.

REFLEKSI
Saya sangat berpuashati dan lebih  bersemangat untuk  meningkatkan potensi mereka apabila melihat daya keyakinan serta tahap penguasaan murid-murid saya ini yang semakin bertambah. Mereka tidak mempunyai masalah untuk menyiapkan kerja rumah yang diberi kerana konsep penulisan draf itu telah dapat meningkatkan tahap kefahaman mereka.

5.3              REFLEKSI KESELURUHAN KAJIAN

5.3.1        Penilaian Pencapaian Murid
Saya sangat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kesemua aktiviti yang dirancang telah dapat dijalankan dengan lancar. Saya begitu gembira sekali apabila melihat keyakinan diri murid juga menunjukkan peningkatan. Hal ini dapat ditunjukkan melalui pencapaian murid-murid di dalam Ujian Pos dan peperiksaan setara.




Jadual di bawah menunjukkan perbandingan pencapaian sebelum dan selepas kajian :

  MARKAH
                                          JUMLAH
            Sebelum Kajian
              Selepas Kajian
Murid
Peratus
Murid
Peratus
0
17
56.67
0
0
1
10
33.33
0
0
2
3
10
0
0
3
0
0
0
0
4
0
0
0
0
5
0
0
30
100

Analisis pencapaian murid menunjukkan bahawa modul ‘Hey! CatchME’ yang              digunakan telah dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis lima ayat berpandukan gambar. Hal ini dapat ditunjukkan melalui angka 30 yang mewakili bilangan murid yang dapat menulis lima ayat dengan tepat dan betul dan  perubahan yang paling ketara adalah 0% bagi murid-murid yang memperoleh markah 0 sedangkan semasa Ujian Pra inilah yang menyumbangkan peratusan yang paling tinggi. (Sila rujuk Lampiran)
Murid-murid yang berprestasi sederhana iaitu mereka yang menguasai penulisan 2 ayat terus berada di tahap paling tinggi manakala yang berprestasi rendah iaitu menguasai penulisan 1 ayat juga turut mara menuju puncak. Bukan setakat itu sahaja, 17 orang murid yang saya anggap tidak berprestasi langsung berjaya membuktikan bahawa diri mereka juga berpotensi berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama rakan-rakan yang lain.
Jelaslah bahawa pencapaian ini melambangkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan menjadikan modul “Hey! CatchME’ yang sangat sesuai dengan tahap mereka. Peningkatan prestasi murid dalam menulis ayat ini sangat perlu dititik beratkan kerana ianya dapat mempengaruhi markah keseluruhan murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Apa yang sangat membanggakan saya adalah ianya dapat membantu murid mendapat markah yang baik dalam Kertas 2, Bahasa Inggeris dan seterusnya  membantu mereka lulus di dalam peperiksaan setara yang telah dijalankan di sekolah semasa kajian ini dilaksanakan. Pencapaian keseluruhan Bahasa Inggeris kelas 6 Gemilang dapat dilihat menerusi jadual di bawah :
PEPERIKSAAN
PERATUS
UPPM 1
54. 3%
UPPM 2
91. 9%

            5.3.2    Rumusan Pemerhatian
Sikap kurang minat, kurang tumpuan dan tidak ada kemahiran menulis ayat yang konsisten telah dapat diubah menjadi sebaliknya. Secara tidak langsung teknik yang digunakan telah dapat meningkatkan penguasaan vocabulary murid. Oleh itu, sebagai seorang guru Bahasa Inggeris saya tidak lagi merasa janggal seperti bercakap seorang diri kerana dikelilingi orang-orang yang bisu. Walaupun bukanlah terlalu tinggi tahap penguasaan mereka tetapi sekurang-kurangnya ada ramai murid yang dapat memberikan respon terhadap aktiviti yang dijalankan. Saya juga sangat gembira kerana saya telah dapat mewujudkan satu budaya baru di kalangan murid-murid ini dengan menjadikan waktu rehat sebagai waktu menghafal vocabulary ataupun menurut istilah murid ‘Play Vocab’ dengan menjadikan modul ‘Hey! CatchME’ sebagai bahan utama. Hal ini bersesuaian dengan modul tersebut kerana terdapat senarai perbendaharaan kata di dalam Unit 6 di samping  Unit 2 yang juga dijadikan bahan permainan tersebut. Kesimpulannya, saya rasakan bahawa saya berjaya merealisasikan bahawa ‘Learning English Is Fun’ di kalangan murid-murid. Keseronokan ini telah menjadikan iklim bilik darjah mereka sentiasa kondusif di mana ketika tiada guru di dalam kelas sudah tidak kedengaran suara-suara yang suka membuat bising atau keluar kelas. Hal ini disebabkan saya menggalakkan mereka ‘play vocab’ dan ternyata mereka amat seronok dengan program ini. Mereka dikehendaki menyebut perkataan-perkataan dengan jelas kepada rakan-rakan. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan daya pembacaan murid dan keyakinan diri. Malah ramai di kalangan mereka yang sudah pandai mengeluarkan perkataan ‘louder’ sekiranya suara rakan mereka tidak begitu jelas.
Jadual berikut, menunjukkan analisis perbandingan soal selidik sebelum dan selepas kajian :

Bil

                   SOALAN
                            JAWAPAN
SEBELUM KAJIAN
SELEPAS KAJIAN
    YA
 TIDAK
    YA
 TIDAK

1
Adakah kamu minat Bahasa Inggeris?

10 orang

20 orang

30 orang

       0

2

Adakah vocab kamu bagus?

       0

30 orang

30 orang


3
Adakah kamu mempelajari teknik menulis ayat sebelum ini?

       0

30 orang

       -

       -

4
Adakah kamu hanya menulis sahaja sebarang ayat asalkan cukup lima?

30 orang

      0

       0

30 orang

5
Adakah kamu terus menulis ayat setelah melihat gambar?

25 orang

5 orang


30 orang

6
Adakah kamu tahu maksud perkataan-perkataan yang kamu guna?

23 orang

7 orang

30 orang

       0

7

Adakah kamu rasa teknik menulis yang telah dipelajari ini mudah difahami? (‘HoWheWhoWhAn’)


       -


       -


30 orang

 
       0

Berdasarkan analisis di atas, jumlah murid yang memberikan jawapan ‘TIDAK’ adalah lebih ramai sebelum kajian ini dijalankan iaitu:
1.      Tidak minat Bahasa Inggeris;
2.      Tidak memnguasai vocab;
3.      Tidak mencari isi-isi penting dahulu sebelum menulis; dan
4.      Tidak berfikir dahulu sebelum menulis.
Situasi ini menggambarkan dengan jelas tentang permasalahan yang mereka hadapi dan tidak ada intervensi yang digunakan untuk membantu mereka. Namun, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Begitulah kata pepatah Melayu yang menjelaskan bahawa sekiranya saya tidak berusaha masakan dapat menggilap potensi mereka dan jauh sekali mengubah prestasi yang rendah kepada suatu tahap yang lebih membanggakan. Setelah kajian ini dilaksanakan, baharulah segala kesusutan di benak mereka dapat dileraikan dan saya merasa sangat teruja apabila melihat jawapan mereka berubah kepada ‘YA’ bagi 4 aspek penting di atas dan apabila diajukan soalan tambahan, “Mengapakah kamu minat Bahasa Inggeris?” , suara-suara murid kajian saya ini begitu menusuk ke dalam kalbu apabila saya mendengar mereka berkata “ sebab Teacher Affidah yang ajar”. Saya menganggap perubahan mereka ini memang sangat drastik kerana sikap, disiplin serta kemahiran Bahasa Inggeris yang dimulai dengan hampir sifar dapat bergerak dari satu nombor ke satu nombor yang lebih lebih besar nilainya dari masa ke semasa sepanjang kajian, selepas kajian dan hinggalah ke hari ini iaitu beberapa hari lagi sebelum mereka menghadapi UPSR. Sehinggakan ada di kalangan mereka yang berkata, “ kalau teacher ajar saya lagi dulu mesti saya pandai” . Memandang kepada wajah-wajah yang menyatakan sebegini, saya bersyukur kerana Tuhan menganugerahkan saya ilham untuk mencari kaedah dan strategi yang sentiasa mendekatkan diri saya kepada muri tanpa memandang rendah terhadap diri mereka dengan sentiasa berfikir bagaimanakah saya boleh menyelesaikan masalah murid-murid saya.

            5.3.3    Pandangan Ibu Bapa / Guru Lain
Saya telah mendapatkan maklum balas tentang modul ‘Hey! CatchME’ yang      diberikan kepada murid-murid kajian saya daripada ibu bapa masing-masing. (Sila rujuk Lampiran)
Saya telah menyediakan ruang untuk ibu bapa membuat ulasan terhadap modul tersebut dan saya sangat gembira kerana ibu bapa murid-murid ini turut memainkan peranan selaku guru di rumah. Saya memang mengharapkan agar ibu bapa melihat sendiri modul yang saya gunakan sebagai intervensi untuk menyelesaikan masalah anak-anak mereka dan saya meminta murid-murid saya ini menerangkan bagaimana modul ini dapat membantu meningkatkan kemahiran mereka. Walaupun saya mengajar di luar bandar, namun sudah ramai ibu bapa yang semakin celik Bahasa Inggeris dan menginginkan anak-anak mereka setidak-tidaknya B atau C  di dalam Bahasa Inggeris sekiranya tidak mendapat A. Oleh yang demikian, saya menghadiahkan modul tersebut kepada anak masing-masing dan memastikan menyiapkan kerja rumah dengan menggunakan modul tersebut kerana ia mudah difahami.
Manakala di pihak guru pula, rakan-rakan guru Bahasa Inggeris yang lain juga menggunakan modul ini untuk mengajar dan membimbing murid-murid yang lemah. Murid-murid dari kelas pertama juga menggunakan modul ini. Modul ini telah digunakan oleh guru-guru lain dan saya sendiri di kelas-kelas lain iaitu Tahun 6 Cemerlang dan 6 Terbilang, Tahun 5 Gemilang dan Tahun 4 Cemerlang dan 4 Gemilang. Mereka menggunakan modul ini kerana gambar-gambar ‘verb’ serta ‘sentence pattern’ sangat membantu kerana itu adalah masalah utama murid untu menulis ayat yang betul. Biasanya inilah masalah murid dari Tahun 4 hinggalah ke Tahun 6 dan guru yang mengajar di Tahun 6 sudah tentulah bertungkus-lumus untuk berusaha menyelesaikan masalah mereka ini sekiranya tidak dibendung sedari awal. Oleh itu, saya selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris yang kerap menemui masalah ini dari kelas-kelas lain telah mencarikan satu intervensi yang sesuai untuk semua murid. Alhamdulillah kerana murid-murid Tahun 4 khususnya telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan walaupun format dua kertas bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris ini baru dipelajari.   

6.      CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Saya bercadang untuk meningkatkan kemahiran murid menulis ayat berlapis dan ayat majmuk dengan menggunakan modul ini sebagai panduan. Hal ini adalah kerana modul ‘Hey! CatchME’ ini adalah sebagai asas menulis ayat dan sekiranya murid-murid telah menguasainya maka tidak sukar untuk mengajar mereka tentang ayat-ayat tersebut.


            Bibliografi (Kajian)
1.      Margaret Shanti David, Norhanim bt Abd Samat & Saodah bt Khalid. (2007). English Year 6 Textbook. Dewan Bahsa dan Pustaka Kuala Lumpur

2.      Unit Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 6

3.      Huraian Sukatan Tahunan Bahasa Inggeris Tahun 6, Daerah Kota Tinggi.

4.      SASBADI. Model UPSR Bahasa Inggeris.  Petaling Jaya, Selangor.


Bibliografi (Modul)
1.      AJ Thomson & A.V. Martinet: A Practical English Grammar. (1989). Oxford University Press, Oxford.
2.      Michael Swan. (1989). Practical English Usage. Oxford University Press, Oxford.




SOAL SELIDIK 2011
6 GEMILANG



Bil

                     SOALAN
                  JAWAPAN
           YA
       TIDAK

1

Adakah kamu minat Bahasa Inggeris?




2

Adakah vocab kamu bagus?




3

Adakah kamu mempelajari teknik menulis ayat sebelum ini?




4

Adakah kamu hanya menulis sahaja sebarang ayat asalkan cukup lima?




5

Adakah kamu terus menulis ayat setelah melihat gambar?




6

Adakah kamu tahu maksud perkataan-perkataan yang kamu guna?




7

Adakah kamu rasa teknik menulis yang telah dipelajari ini mudah difahami? (‘HoWheWhoWhAn’)

















      





















































 












































3 ulasan:

  1. sangat menarik.
    Cikgu. boleh saya minta modul catch me.
    saya baru mengajar tahun 6 kali pertama

    BalasPadam
  2. Hi cikgu. Saya cikgu dari sekolah SKM. Kajian ini sangat menarik. Boleh saya guna modul catch me utk murid sekolah saya. Murid-murid sek saya kurang minat dalam Bahasa Inggeris. Mohon share cikgu. Terima Kasih.

    BalasPadam